jika diberi pilihan bertemu doraemon, ingin aku meminta kebenaran nya untuk menggunakan meja study nobita itu. tidak perlukan gadget2 tahi itu semua.
ingin aku kembali ke masa lampau. tidak perlu lama. hanya untuk mengingatkan seseorang.
tarikh 12 mei 2008.
ketika itu Abdul Wafi sedang membuat satu keputusan penting tentang masa depan nya.
di susun tiga dokumen untuk dibuat pilihan. Abdul Wafi memilih sampul yang paling tebal.
ingin kembali ke masa lampau. mengingatkan Abdul Wafi. sudahkah kau betul2 bersedia akan keputusan ini? kerana sekarang ini, Abdul Wafi rasakan seolah-olah pilihan nya itu menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggungnya..
tapi apakan daya. Abdul Wafi perlu teruskan juga. pilihan sudah dibuat. apa cara sekalipun, dia tiada pilihan lain.
apa yg perlu Abdul Wafi buat. hanya perlu terus bangkit dari kejatuhan. dan belajar dari kesilapan.
dan yakin pada bantuan Allah. DIA yang menentukan. manusia hanya mampu merancang.